May 26, 2024

FOUR 4 MONTHS AFTER THE 1ST 2024 POSTS

 Hi!

It's been a while...


Setelah beberapa bulan kemudian aku meracau lagi balik di sini. Setelah beberapa lama aku balik lagi sini buat blog acah-acah update begitu lah kali kan? Haha! Baru-baru ni, bila masa aku baru dapat tenaga balik mau post di sini kan, aku cuba lah buka blogspot macam biasa, tapi masa buka ni blog aku nda dapat buat apa-apa pun kecuali baca ja. Aku ke dashboard pun hanya untuk baca ja bukan boleh edit & buat post baru. Sampai aku sendiri bingung macam mana mau creat post baru ah? Kenapa ni blogspot begini sudah? Kenapa aku nda boleh create new post di blogspot aku yang sedia ada sudah..? Sampai aku berabis cari apa masalah dia & kenapa aku nda boleh post di blogspot yang sedia ada sudah. LOL! BRO! I didn't know yang selama ni blogspot yang ini aku guna dengan profile yang lain daripada yang aku biasa login LOL! Sampai aku berabis bah mencari tau macam mana & kenapa tu create button tiada. Rupanya, blogspot yang aku biasa post under a different profile. Nda pasal-pasal aku buat blog baru sama aku update Tumblr aku balik HAHAHAHA! BRO! I didn't know that this things would end up being super complicated & set a big trouble out of me bro! Sampai aku login la profile yang nda sepatutnya aku login astaga punya banyak kerja mau dapat kan balik. Sudah tu semua jadi, I finally got to login to the right profile kan, aku terpaksa lah revert balik yang blog baru tu, kasih archive tu post & biar dia kosong ja dulu, memang aku ada other side projects lagi la untuk blog yang satu tu, cuma aku rasa bukan sekarang mau post kali lah. Okay, sudah dapat semua, aku start la edit & setting apa yang patut, memang ambil masa yang lama juga lah aku mau buat semua tu sebab pasal aku lama nda buka sudah, apa aku mau buat pun aku lupa sudah. Aku lupa macam mana mau buang itu, buang ini, tambah itu, tambah ini, lepas tu aku bingung kenapa blog aku yang satu ni dapat pula ada background dia, tapi kenapa blog yang satu ni lagi nda dapat update dengan background. Aku bingung, padahal theme yang aku pakai, theme yang sama ja & sepatutnya dua-dua berfungsi dengan benda yang sama juga lah, tapi nda! Walaupun theme tu sama kan, tapi banyak perbezaan dia, salah satunya, satu blog boleh ada background yang satu lagi nda pandai timbul background dia. Aku adjust semalam sampai ke subuh aku try, tetap nda keluar juga background picture dia. Aku pun bingung. Aku bingung sampai aku double, triple check lagi theme yang aku pakai apa lepas tu aku buat lagi satu blog ni sama macam yang sudah aku adjust dengan blog aku yang lain, tapi sama juga, masalah dia tetap background picture dia nda timbul langsung. Jadi, aku pun give up sudah mau update pasal blog yang satu ni, aku pun stop update, aku off PC aku lepas tu aku tidur walaupun pagi sudah. Selepas beberapa jam aku dapat tidur, hari ni, hari yang sama, tapi bezanya sekarang siang sudah lah bukan masa subuh-subuh lagi, aku sambung lagi buat settings untuk blog aku yang satu tu. Buat, buat, buat punya buat, sampai aku tukar ke theme lain lagi, sama juga masalah dia, background picture nda juga timbul-timbul langsung. Apa lagi, tambah bingung aku, aku pun ndatau mau buat macam mana, Padahal theme sama, lepas tu aku nda puas hati aku try beberapa theme yang lain daripada yang aku biasa guna, pun hal yang sama juga nda timbul background. Last-last aku give up sudah macam mana mau settings, aku copy ja HTML blog aku yang aku sudah siap setup, lepas tu aku paste ja semua di satu blog yang ada masalah background ni. Baru lah timbul background picture dia. FUHHHHHH~ punyalah banyak masa aku ambil, aku belek sana, belek sini, google lagi macam mana mau setting background blog, apa masalah blog yang nda keluar background picture dia, aku nda dapat settle juga. Last-last aku kena buat edit dari HTML coding dia. Baru lah benda tu sama & dapat keluar background picture dia, selama ni, apa aku buat pun nda pandai keluar tu background. Baru sekarang lah aku dapat kasih settle masalah blog yang teda background pictuer. LOL! Susah payah aku fikir semalam macam mana mau edit tu, last-last daripda HTML punya coding juga kau dapat ubah. Belum lagi sebelum ni aku kebingungan kenapa aku nda boleh create post di blog aku yang sudah sedia ada, sudah lah dapat banyak buat kata-kata tapi bila masa kau mau post di blog, kau nda dapat create new post pula adehhhh! Rupanya, berlainan profile. LOL! Kelucuan pun ada juga, bingung pun ya juga, rasa bodoh sangat pun ada juga LOL!


Selepas settle semua benda tu.. Dalam beberapa bulan ni pun banyak benda juga yang jadi. Salah satunya, bulan 2 tu cousin aku punya majlis kahwin sudah, selang beberapa minggu selepas dia cousin dia lagi punya majlis (sesama cousin juga lah), lepas tu masuk bulan 3, kami puasa sudah, bulan ni aku rasa mencabar sikit kali kan? Sebab kau puasa, ada baby lagi, hahhh! Lepas tu dalam bulan 3 & masa-masa puasa ni lah, kami jalan lagi ke KL, aku rasa baru ja bulan 12 tahun lepas kami habis jalan dari Kuching & masa tu pun kami bawa baby lagi. Memang banyak benda yang perlu di buat kalau kau travel lepas tu kau sama baby. Masa puasa bulan 3 tahun ni, kami ke KL lagi. Tapi aku rasa, macam tersalah pergi tempat sebab macam nda sesuai kau pergi sana tapi masa puasa lepas tu dengan kau bawa baby lagi memang melemas lepas tu macam keadaan lagi tambah agresive. Memang best juga lah pergi sana sebab kau jalan-jalan, banyak makanan yang mau di makan di sana, boleh lagi lepak-lepak sampai ke subuh & ramai orang cuma tu lah, kalau sudah time puasa kan, kau mau jalan-jalan, travel ke sana ke sini mau pergi cek tempat baru pun kan memang kau terasa mencabar gila. Beberapa hari kami di sana, memang ada hujan yang lebat, sampai sana seja pun, baru sampai di hotel untuk check-in lepas tu letak barang rehat kejap then mau jalan balik, terus hujan lebat. Memang kadang cuaca agak best juga lah sebab ada hari & malam yang hujan. Tapi yang kau nda tahan tu bila siang dia, kau mau banyak jalan kan kalau kau di sana? Mencabar gila la, mana tengahari dia panas gila, kau berjalan pun agak jauh daripada tempat kau tinggal lepas tu ngam puasa lagi ppeerrghhh! But the best part is, kami di sana kami dapat jumpa & lepak dengan cousin aku dua orang yang study di KL sana. Dari tahun-tahun lepas lagi, asal kami ke KL memang ada plan mau jumpa & lepak sama-sama walaupun sehari ja. Kami jalan-jalan sana, sungkai sama-sama lepas tu pergi shopping beli baju & barangan raya sama-sama haha! Best! Kami pergi KL ada lah dalam masa 5 hari begitu lepas tu kebetulan kami pergi bukan masa hujung minggu ah, kami pergi sana weekdays, hari bekerja biasa. Tu pun sama juga keadaan dia, banyak orang yang berkeliaran di sana, majority nya orang-orang yang bukan dari KL la, kebanyakkannya yang macam dari Terengganu, Kelantan, Kedah orang-orang Indonesia pun banyak juga masa tu di sana. Memang ramai orang walaupun bukan weekend. Selesai shopping baju raya & barangan raya yang lain, selepas habis 5 hari di sana, kami pun balik lah ke KK, kami minta ambil cousin aku yang kahwin masa bulan 2 tu, masa hantar hari tu ke airport pun, kami minta hantar dia juga, sebab kami parking kereta di rumah dia yang memang kebetulan rumah dia dekat dengan airport. Balik lah kami di KK, keadaan pun balik lah macam biasa balik, puasa di rumah, sungkai kadang beli di bazar, kadang sungkai di luar. Beberapa hari sebelum raya awal bulan 4 tu kami balik sudah ke kampung. Rasanya kami balik sehari sebelum masa pengumuman raya, jadi kami sempat lagi sahur, puasa & sungkai di kampung sama family yang lain. Masa malam pengumuman tu, semua orang pun mau teka apa baju dia pakai masa malam tu, lucu hahaha! Selesai ja pengumuman, esoknya raya, terus kami gotong-royong memasak di kampung malam tu juga, kali ni kami memasak di depan, kami nda masak di dapur, kami angkut ja tong gas, kuali besar dengan bekas-bekas makanan yang mau di letak makanan untuk lauk raya besok. Sebelum kami memasak tu, aku & budak-budak yang lain sempat lah juga main mercun sebab habis pengumuman raya, biasanya ramai orang yang main mercun, jadi kami pun join lah main mercun. Selepas habis main mercun barulah aku pergi memasak. Aku masak ya! Bukan yang tolong-tolong ja, aku yang masak, orang lain pula yang tolong aku hahahaha! Yang lain, ada yang kupas bawang, potong ayam, potong daging apa semua, aku ni, aku pula yang masak. Aku juga yang keluar kan kuali besar untuk masak, serbuk kari, lada kisar, gula, garam, air untuk masak yang berkuah, wahhh magik! Aku memasak hahahaha! Tapi memang kebiasaan sudah kalau kami di kampung, majority budak-budak muda sudah yang masak, bukan lagi orang-orang tua dia. Orang-orang tua dia sekadar menolong tengok, tolong prepare & tolong rasa ja sekarang ni. Jadi habis ja masak-memasak tu, kami siap tengah malam ah! Sambil pasang lagu raya pakai speaker lagi kami memasak. Tengah malam baru habis masak, semua pun sambil mengemas masuk semua, ada yang mandi tengah malam (termasuk aku lah). Aku pun mandi tengah malam juga sebab memang nda dapat lari dari keadaan sudah, kena juga mandi tengah malam sebab sibuk buat itu ini, last-last mandi tengah malam. Habis mandi tu pula kau fikir kami terus tidur semua?! TIDAK JO! Kami yang pemudaan ni sambung lagi main game ML, main Rank pula tu, jadi kau rasa? Rasanya adalah dekat-dekat jam 4 juga kami yang pemudaan yang main game ni tidur. Majority semua tidur sudah, kami ja lah yang ganjil masih lagi main game macam orang gila di bawah. Lepas kami main game tu, aku pula dye rambut, alamak! Ini lah yang bikin nda tidur, tidur pun ada lah dalam 2 jam ja. Pagi baru aku tidur gara-gara tu dye rambut. Nasib beliau suruh tidur lah dulu, nanti bangun balik dia bilang, sebenarnya aku takut sudah kena teriak pasal nda tidur hahahahaha! Nasib kena suruh tidur juga, rasanya aku tidur hampir jam 7am lepas tu aku bangun balik sebelum jam 10am. Bangun, pergi tolong kasih mandi budak, kasih kawan lagi tu budak di bilik sebab dia mesti mau tengok lagu-lagu budak dia kan? Hah, di sana lah, nasib mama dia sudah siap mandi & tinggal bersiap-siap make-up lagi, aku pun pergilah sekali bersiap-siap. Aku, mama budak, budak & sepasang laki bini ni nda ikut ke keburan kali ni, sebab aku mengasih kawan jaga budak, yang pasangan laki bini tu, aku ndatau kenapa dorang nda ikut pergi kuburan. Jadi buat itu buat ini, siaplah semua. Ada lagi beberapa orang yang datang di rumah beraya awal. Biasanya lepas dari kuburan memang dorang serang di rumah kami lah, sebab rumah kami ni salah satu yang agak berdekatan dengan area kuburan tu, kira sekali jalan, jadi selesai dari kuburan, memang kami rumah pertama yang dorang akan serang. Tapi masa tu yang datang beberapa orang ja lah, nda ramai sangat, jadi kami ada masa lagi bersiap di atas & ada macik & pacik aku sudah di bawah, jadi dorang lah juga yang layan orang beraya masa tu. Sudah beberapa lama, yang lain pun pulang sudah dari kuburan. Dorang pun berehat-rehat kejap di bilik masing-masing, lepas tu kami bersiap-siap untuk begambar semua. Nasib aku ada bawa camera besar tu, jadi masing-masing pun ada family potrait. Wahhhh! Last sekali kami begambar semua begini, tidur 1 rumah ramai-ramai begini adalah dalam 7-9 tahun yang lalu. Lama ya kawan-kawan, memang lama betul kami nda tinggal di rumah ni, nda lepak di rumah ni, nda ramai-ramai di rumah ni, kami biasa datang sini macam melawat ja, nda pernah lah kami bermalam di sini semenjak ada beberapa benda tu terjadi. Tapi, alhamdulillah. Mungkin ada maksud juga lah kenapa benda tu terjadi di sebelah sana, sejujurnya aku tiada masalah & aku ndamau ada masalah pun dengan siapa-siapa, aku ndamau terbabit masalah dengan siapa-siapa pun, sebab semua pun keluarga, semua pun kau pernah spend time sama-sama sebelum ni, bukan kau nda pernah cakap buruk pasal orang lain masa kau sama dia. Tapi entahlah, aku pun ndatau kenapa benda ni jadi. Aku ni ok ja dengan dorang, tapi masing-masing pun macam melarikan diri dari aku, dulu bukan main senang & laju chat kalau ada apapa, sekarang ni, semua pun dihalang & kau sendiri pun ambil keputusan untuk larikan diri kau dari aku. Aku pun nda faham, kenapa orang lain yang bergaduh tapi kau mau babitkan diri kau & aku sekali dalam masalah orang lain. Hmmmmm apa pun... Raya kali ni aku rasa penuh makna kali ah? Sebab dengan banyaknya anggota baru dalam keluarga lagi, kali ni raya kami dapat balik & tidur di rumah kampung satu ni lagi. Wahhhhh ~ agak bermakna bagi aku lah.


Four months after January, which is May now, we're at the end of May now.. Nothing much that I can say. I am still the same person, yang banyak kekurangan & kelebihan hahahaha! Masih bercakap dengan kawan yang sama, masih main game ML, masih mau buat blog, masih ada kata-kata yang aku tulis setiap hari, kadang ada juga yang aku stuck lah, aku pun ndatau mau cakap apa. Tapi sejauh ni, aku masih aku yang sama. Ah! Satu hal lagi, pasal Free To Spill Podcast... Hmmmm.. macam mana mau cakap ah? Ada hati jugalah mau sambung balik tu benda, mau buat balik podcast, mau jadi editor balik, mau produced barang balik, mau buat recording balik, mau in studio sibukkan diri balik di production, tapi entah macam mana. Kadang aku rasa, kalau aku ja yang kasih jalan satu orang kan, memang ndakan jadi. Sebab tu benda memang set kami 3 orang yang buat. Jadi kalau aku buat sendiri kan, rasa macam ulung ni hahahaha. Aku nda rasa complete, teda kawan berbahas, teda kawan becerita, teda kawan bagi sesama pendapat, macam nda best kalau kau buat sendiri, kecuali lah kau ada yang mau di invite kan? Banyak ja topik-topik yang boleh kami bahas, tapi kelamaan, kalau lama sudah benda tu kau nda buat kan, makin lama makin bangas juga benda tu kau mau bahas kan? Kau kena bahas benda yang baru-baru keluar yang masih lagi terasa haba dia bila kau cakap pasal topik tu. Wahhh. Rindu juga masa Free To Spill Podcast tu masih active & masa aku dalam productions. Walaupun lah productions yang teda apapa & nda berapa, tapi jadi lah juga pelan-pelan kayuh daripda teda langsung. Rindunya mau buat tu FTS active balik. Hmmmm, nampak gayanya, aku kena pursue jugalah kawan aku seorang ni, manatau dia ada idea mau cakap apapa selain daripada aku sorang, dia ada idea buat aktiviti lain untuk tu FTS mungkin masih lagi boleh active walaupun kami masing-masing dibebankan dengan pekerjaan & masa yang kurang untuk diri sendiri. Well, it is what it is, life nowadays is drowning a lot of energy from you and from time to time you are gonna be tired. Always gonna be tired even if you don't get to do anything. Sometimes you just wanna do nothing, lay all day at bed and just do nothing again. Not to mentioned yang aku ada masalah jadual tidur lagi sekarang. Astaga! Bukan lagi masalah jadual tidur, masalahnya sekarang aku tiada pun jadual tidur. Dunia aku jadi terbalik, siang aku tidur, malam aku bangun & buat kerja yang ada di rumah ni. Aku rasa aku boleh join sudah ni geng mayat hidup ataupun geng vampire separa tua hahahahaha! Nyatanya, aku memang ada masalah tidur sudah sekarang ni, sampai satu tahap kan, nda kisah lah betapa penatnya aku bekerja, banyak buang tenaga masa siang kan, aku penat macam mana pun, aku mengantuk macam mana pun, last-last aku sudah ready mau tidur di katil sudah ni, bilik pun selesa, selesai mandi lagi apa semua & ready untuk tidur, last sekali aku tidur siang juga. Yang paling teruk hari tu aku tidur dekat jam 12pm. 12 tengahari ah! Terus aku bangun jam 3pm. Astaga! Memang betul-betul teruk sudah. Ni insomnia kan memang nda boleh bawa bincang oh! Last-last baru tadi aku jalan dengan family, kebetulan pula kami ke pharmacy, aku tanyalah dengan staff dia ni ada vitamin tidur kah nda, rupanya selama ni, ada ja depan mata tapi aku nda pernah perasan & nda pernah nampak yang itu rupanya vitamin tidur. LAAHHHH! Aku nda lah juga mau beli ubat tidur, sebab takut juga lah effect dia dengan aku macam mana, aku takut effect dia dengan aku berlebihan & aku takut juga lah kalau terbangun entah jam berapa. Aku nda mau juga lah bergantung dengan 'ubat tidur' bagi aku, bagus lagi kalau sekadar vitamin atau sejenis minuman tonik untuk tidur ja lah daripada 'ubat' sebab aku ndatau sekuat apa effect dia dengan aku. Last but not least, selain beli tu vitamin tidur, aku pun terbeli lah juga satu minuman tonik ni, Sleep Tonic something like that, ah? Sleep Token? HAHAHAHA! Sleep Token is a fun & cool band! Anyway, aku terbeli satu Sleep Tonic ni, dia cakap suruh minum 1 botol tu terus, dia macam one shot sleep tonic begitu, tapi macam, aku ragu jugalah mau minum 1 botol tu so, aku minum lah 2 cap from the sleep tonic. Boleh tahan juga lah effect dia. Adalah juga rasa mengantuk, mata aku pedas-pedas lepas tu aku rasa high-high selapas beberapa minit minum tu tonik. Which is good! 


Jadi aku rasa sekian lah cerita aku selepas daripada bulan Januari hari tu. Sebenarnya banyak lagi benda yang berlaku sehari-hari selapas 4 bulan yang lalu, tapi aku pun ndatau lah macam mana mau share dengan detail, mungkin pasal aku malas & aku ndamau kali share dengan detail sebab ada sesetengah benda aku rasa nda perlu kali aku mau share walaupun benda tu sebenarnya masuk dalam fasa drama. Ataupun, sebenarnya aku ni mengantuk sudah kali kan? Pasal tu lah kepala otak aku nda dapat fikir & cernakan sudah cerita-cerita yang aku mau share di sini. Hmmmm, besar kemungkinan juga. Jadi tu lah cerita aku setakat ni, nanti kalau aku rasa ada lagi yang aku mau luah, aku share ja la di sini.



Bye, till we meet again.