Hi!
It's been a while...
Last time I wrote here was on Sept 18th and it's been almost a month ago since then. I didn't catch things up to my daily diary anymore and again, I didn't write anything at all anymore, I didn't share any of my words anymore. Damn, what did I do? Sampai aku lupa sebenarnya aku suka mengarang perkataan, aku suka menaip-naip pasal kejadian harian aku, aku suka buat itu, ini, tapi sekarang kejadian dia entah lah. Apa aku mau cakap pun aku fikir dulu, aku ndatau dari mana mau start, kalau nda pun, macam mana mau start. Sekarang ni, tiap hari aku menaip, tapi tu lah, aku nda menaip untuk suka-suka. Aku menaip pun pasal menjawab pertanyaan orang & untuk pemberitahuan orang. Cara aku menaip sekarang terbatas dalam hal-hal yang rasmi & yang sepatutnya sahaja. Kadang aku menaip untuk yang sendiri-sendiri pun aku boleh awkward sudah pasal terlampau melayan yang rasmi punya hahaha! There's a lot that happened tapi aku pun ndatau macam mana mau share. Aku rasa mau mengeluh pun, nda baik juga mengeluh kan? Sekelip mata Tuhan tarik balik nikmat yang dia bagi tu, habis semua. Anyway, I just had my birthday a couple days ago, nda terasa cepat masa berlalu. Birthday ni bukan 1 hal yang aku tunggu-tunggu but then, they celebrated it in the end, jadi mau nda mau, aku pun ikut plan dorang. The bad thing is, masa birthday aku pula aku bolehnya demam astaga, sebenarnya beberapa hari sebelum birthday aku memang ada berita-berita demam sudah, orang-orang office pun masuk sana batuk yang pelik-pelik, sekalinya terjangkit yang 1 orang jadi batuk dia ndalama, 1 orang lagi menjadi selesma dia sampai la memang dia betul-betul demam, sampai turn aku, aku lagi yang teruk terjangkit dari dorang. Aku boleh tau start dari aku batuk-batuk biasa, ndalama tonsil aku membengkak & sakit sudah, dalam 2 hari juga aku sakit tonsil tapi aku nda layan, aku makan ja ubat yang ada lepas tu makan ja la gula-gula yang memang untuk sore throat punya. Habis sakit tonsil, masa birthday aku pula aku teruk running nose sama bersin nda berenti. Start sana badan panas, nose bleed jangan cakap lah, ada yang sampai sehari 3 kali aku nose bleed, bagus pun sikit, ini astaga. Kau berdiri di tandas setengah jam pun masih lagi mengalir keluar. On saturday kami balik kampung petang tu juga, tengah lemas-lemas pasal demam, penat lagi habis kerja di gasss kita balik kampung memang low-bat lah masa di kampung tapi banyak pula aktiviti yang dorang buat jadi nda best juga kalau nda join kan? So menguatkan lah diri sendiri, lepak lagi sama cousin-cousin macam biasa, masak apa semua, banyak cerita, main game tengah malam tu jangan cerita, aku rasa itu rutin kami sudah tu, setiap malam ada main game. Kalau tiada main game, aku sama cousin yang lain on DC tengok movie sampai lah dorang yang boring meninguk aku yang tidur padahal aku yang balik-balik menanya malam ni tengok movie apa, last-last aku yang pengsan duluan hahaha! Kesian jadi mangsa pula dorang. On sunday, balik sudah dari kampung, di gassss lagi jalan ke KK astaga, banyak stock nyawa bah masing-masing macam nda pandai penat, jalan lagi di KK, malam baru balik, baru sampai di rumah, barulah dapat berehat. Lepas tu malamnya sempat lagi ke dobi astaga heran! Ada kali terselit-selit kan stock nyawa ni, macam nda pandai penat betul, nda boleh kah kalau stay di rumah ja, di bilik, di katil tu berehat? No wonder nose bleed aku balik-balik kalau nda pandai berehat, ada ja yang mau di buat, heran betul. On monday, macam biasa, kerja lagi balik ini pun lagi sandi, ada masa pula tu nose bleed buat hal masa di office banyak lagi astaga, tolonglah, barihat! Nose bleed is normal to me, as if there's nothing happen pasal kalau aku demam, atau terlampau panas memang begitu tiba-tiba seja mengalir. Tapi yang bikin panas itu lah juga, kau nda buat apa-apa pun, kau duduk seja, tiba-tiba seja mengalir keluar, jadi kau rasa tu benda nda bikin panas? Yang bikin penat kalau kau lama di tandas untuk kasih settle tu nose bleed seja. Nasib la juga, ipar aku pula tiba-tiba membawa pergi klinik, sebab si baby fruit macam mau demam-demam, sebab malam dia nda selesa tidur sebab dia start bersin-bersin sama batuk sudah, jadi masa malam sudah, membawa lah kami ni ke klinik, sekali belum sampai klinik, masih lagi di jalan, di roundabout, aku dengan nose bleed pula berjumpa. Astaga, nda pandai berenti kan kau? Masuk-masuk klinik, heran orang tinguk kenapa menyumbat tissue hahaha! Last-last dengan aku sekali yang jumpa doktor. Pasal nose bleed la tiba-tiba pula kena bagi ice pack besar kena letak di kepala hahaha!
Ah! Begitulah cerita yang beberapa hari (nda sampai juga bulan lah) ni. Itu ini, itu ini, nda sedar kita dihujung tahun sudah kan? Nda lama lagi mau masuk 2025 sudah. Tinggal 2 bulan lagi mau masuk tahun baru, apa resolusi & azam tahun baru? Teruskanlah kehidupan seperti biasanya, buatlah apa yang termampu, jadilah yang terbaik untuk diri sendiri, don't make other people happy if you couldn't make yourself happier. Begitu ja lah. I don't know what else to share doode, I'm not sure anymore. Let's just hope everything happen according to our plan and if it's not, let's just go with the flow. But don't let it drowns you. That is all? I guess it is.
Bye, till we meet again.